Friday 29 June 2012

Ramadhan = Berubah


Bismillahirohmanirohim. Assalamualaikum w.b.t




Saya ingin ingatkan diri sendiri dan semua umat muhammad bahawa kita sedang menjalani bulan syaban.Dan hariini 10 syaaban dan nisfu syaaban ( buku amalan berganti )jatuh pada 5julai. 

seterusnya kita akan melalui bulanyang mulia iaitu bulan ramadhan.
SubhanaAllah syukur saya panjatkan kehadrat illahi dengan izinNya insyaAllah dapatlah saya bertemu kembali dengan bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan barokah darinya. 

Begitu hebat nya bulan ramadhan seperti sabda nabi iaitu:

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Apa yang dimaksudkan dengan segala syaitan dibelenggu ? Ketika saya kecil saya sering tertanya-tanya betul ke tidak syaitan dirantai dan tidak boleh mengganggu kita lagi padahal ramai aje manusia yang masih berbuat dosa semasa bulan puasa.

Ya . memang syaitan dirantai terbelenggu tetapi tahukah kita sebelum syaitan laknatullah dirantai dia telah berpesan kepada manusia yang mengikut jejaklangkahnya bahawa sentiasalah mengamalkan apa yang diajarkannya ketika dia tiada.

sikap dan tindakan salah yang dilakukan oleh kita itu semua adalah sikap yang ditinggalkan syaitan untuk kita. Yang dijadikan amalan seharian kita.oleh itu mohonlah pada Allahagar kita dijauhkan oleh syaitan laknatullah ini.

Jangan kita dipilih sebagai pewaris syaitan dan semoga segala ajaran sesat syaitan tidak menjadi darah daging kita kelak.


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"



ya indahnya merasa lapar dan dahaga kerana cinta kepadaNya. Semoga segalanya lebih indah dengan adanya Iman dan Taqwa di dada. 

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


saya sangat berharat ramadhan tahun ini memberi 1001 penghijrahan dalam diri saya. membetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang telah saya lakukan.

Dan yang paling penting malam LAILATUL QADAR.. Saya teringin untuk menggenggamnya.Namun saya perlu ingat siapapun tidak akan pernah tahu dia bertemu atai tidak dengan malam seribu bulan itu.Kerana hanya Allah MahaMengetahui..

Waallahuahlam~













Musafirdausnuriman.blogspot.com




No comments:

Post a Comment