Salahkah andai kita inginkan lelaki yang setia dalam hidup
kita? Kenapa menolak sesuatu yang tersedia ada dengan berfikir bahawa ia tak
pernah ada? Kenapa kita beranggapan tiada insan setia kepada kita sedangkan
kita tahu insan tersebut wujud walaupun bilangan tak banyak?
Tapi jika mahukan yang setia sepatutnya kita belajar untuk
setia… belajar untuk setia kepada
pencipta kita keutamaannya. Belajar untuk setia kepadaNYA. Setia dengan cara
melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala laranganNYa.
Aku bukanlah seperti Saidatina Aisyah yang tabah menangani
rasa cemburu.. aku hanya Insan yang tegar dengan rasa cemburu. Mengharapkan
pendamping aku juga insan yang sama. Setia pada yang satu.. usah kau
perlekehkan wanita yang mengharapkan wujud lelaki setia untuknya sedang kau
juga kaum lelaki mencari sifat setia yang sama dalam diri seorang wanita..
Cuba kamu fikir wahai lelaki andai dibenarkan islam seorang
wanita mengahwini lebih dari satu, nescaya kamu kaum lelaki akan mencari
alternative terbaik untuk mendapatkan wanita yang setia. Poligami memang tak
salah kerana ianya sunnah namun perlu diingat kahwin satu juga tak salah kerana
juga sunnah.
Kamu bukan rasulullah yang memang bersifat dengan sifat
keadilan. Tilik lah diri kamu sebelum
kamu menduakan. Pantaskah kamu berpoligami padahal isteri kamu tiada cacat celanya. Isteri kamu
dapat memberi kamu zuriat. Elok pekertinya. Namun apa lagi yang kamu cari? Melainkan
sesuatu yang tak pernah kamu miliki.
Di sini aku lampirkan sebuah puisi.
Suami Yang Pernah Disanjungi
-suami yang pernah disanjungi.
Kamu bermain cinta dibelakang isteri.
Kamu menduakan insan yang cinta telah terpatri
Melupakan segala janji yang diberi.
-suami yang pernah disanjungi.
Ape pantaskan kamu memaksa isterimu mengerti
Bilamana ada hati yang telah dilukai
Isterimu dengan berat merayu sepi
Mengharap belas juta dimengerti
Akan perasaan cinta yang telah lama terpatri.
-suami yang pernah disanjungi
Kau memilih permata yang tinggi
Padahal nilai seorang isteri tiada ganti
Lalu disuruh tuk mengerti.
Namun biarkanlah aku sang isteri merajuk sendiri.
Lepaskan aku untuk berlalu pergi…
Buat suami yang pernah disanjungi..
By : Norha Dasuha
Ya. Aku tidak menolak kejernihan poligami tapi aku menolak lelaki yang tidak
mampu namun tetap berpoligami. Moga si dia tidak begitu.. oleh itu aku perlu
belajar memahami. Memang betul hati
lelaki memang bercabang tapi tak salah untuk membantu lelaki membenarkan hanya
satu cabang yang bakal dihuni.
Fatwa hatiku membisikkan. Cukuplah aku setia kepada tuhanku
maka Dia bakal menghadiahkan insan setia juga untukku.. Tak usah mencari yang
sempurna kerana aku bukan memilih kesempurnaan-cukup sekadar setia , berakhlak
mulia dan cintakan agamanya….
Namun aku perlu sedar. Sedar
akan hokum Allah. Sedar akan diri yang serba kekurangan ilmu. Oleh itu
aku perlu tegas dengan diri, tegas dengan pendirian.. tiada hasil yang dapat ,melainkan jalannya dengan
berusaha. Aku perlu tegaskan dengan diri yang malas agar aku mendalami ilmu,
agar aku perteguhkan iman dan amal aku untuk redhanya. Dan aku mengharapkan
perkara yang sama dilakukan oleh si-dia.
Jodohku.aku tak tahu kau dimana,siapa dan bagaimana tapi aku
tahu dan yakin bahawa kau ada. Si dia yang baik akan menemui si dia yang baik
juga dan sebaliknya.
waAllahuahlam~
No comments:
Post a Comment