Friday 29 June 2012

Ramadhan = Berubah


Bismillahirohmanirohim. Assalamualaikum w.b.t




Saya ingin ingatkan diri sendiri dan semua umat muhammad bahawa kita sedang menjalani bulan syaban.Dan hariini 10 syaaban dan nisfu syaaban ( buku amalan berganti )jatuh pada 5julai. 

seterusnya kita akan melalui bulanyang mulia iaitu bulan ramadhan.
SubhanaAllah syukur saya panjatkan kehadrat illahi dengan izinNya insyaAllah dapatlah saya bertemu kembali dengan bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan barokah darinya. 

Begitu hebat nya bulan ramadhan seperti sabda nabi iaitu:

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Apa yang dimaksudkan dengan segala syaitan dibelenggu ? Ketika saya kecil saya sering tertanya-tanya betul ke tidak syaitan dirantai dan tidak boleh mengganggu kita lagi padahal ramai aje manusia yang masih berbuat dosa semasa bulan puasa.

Ya . memang syaitan dirantai terbelenggu tetapi tahukah kita sebelum syaitan laknatullah dirantai dia telah berpesan kepada manusia yang mengikut jejaklangkahnya bahawa sentiasalah mengamalkan apa yang diajarkannya ketika dia tiada.

sikap dan tindakan salah yang dilakukan oleh kita itu semua adalah sikap yang ditinggalkan syaitan untuk kita. Yang dijadikan amalan seharian kita.oleh itu mohonlah pada Allahagar kita dijauhkan oleh syaitan laknatullah ini.

Jangan kita dipilih sebagai pewaris syaitan dan semoga segala ajaran sesat syaitan tidak menjadi darah daging kita kelak.


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"



ya indahnya merasa lapar dan dahaga kerana cinta kepadaNya. Semoga segalanya lebih indah dengan adanya Iman dan Taqwa di dada. 

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


saya sangat berharat ramadhan tahun ini memberi 1001 penghijrahan dalam diri saya. membetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang telah saya lakukan.

Dan yang paling penting malam LAILATUL QADAR.. Saya teringin untuk menggenggamnya.Namun saya perlu ingat siapapun tidak akan pernah tahu dia bertemu atai tidak dengan malam seribu bulan itu.Kerana hanya Allah MahaMengetahui..

Waallahuahlam~













Musafirdausnuriman.blogspot.com




Monday 25 June 2012

Mendekati Taqwa

Bismilahirohmanirohim.  Assalamualaikum w.b.t


Lama dan lama berganti saat dan minit yang diambil untuk mngepost sesuatu di blog ini. SubhanaAllah saya dengan rendah dirinya ingin mendekati dan di dekati insan bernama TAQWA.

1st of all ape yang dikatakan taqwa itu ialah :


Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".


sebelum nih saya hanya tahu taqwa itu adalah taqwa . hanya sepotong ayat yang saya sendiri tak fahaminya tul-tul. 


dan today kerna teringat akan statemen dari seseorang lam fb beberapa minggu yang lalu iaitu :


"Jadilah  bukan hanya wanita yang cantik bukan jua lelaki yang hensem tapi jadilah manusia yang bertaqwa."


ok. Taqwa yang saya tahu ialah perasaan takut kepada Allah. itu adalah jawapan masa saya ting5 tak silap. namun saya tak pelajari konsep taqwa yang sebenar-benarnya. dan hari nih saya singgah ke blog ILUVISLAM dan saya temui sesuatu..


ape yang saya tahu Taqwa means melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang olehNYA. likes melakukan amar maaruf nahi mungkar. waallahuahlam.



(copy from ILUVISLAM blog)
Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".

.............................................................................................................

Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".
Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".
Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".

Antara Martabat Taqwa:
Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran
Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.
Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.

waallahuahlam : subhanaAllah betul kata orang tak kenal maka tak cinta. dan semoga saya sebagai hambanya yang kerdil lagi hina dapat menghambakan diri kepadaNYA dengan sentiasa bertaqwa.













Musafirdausnuriman.blogspot.com